Kefahaman Kalimah Syahadah (لا اله الا الله)  

Posted by Unknown

IMG_0039

Syahadah ialah rukun awal dan rukun asas dalam Islam. Keimanan kita bermula dengan syahadah dan ia adalah satu prinsip yang besar sebelum solah dan segala-galanya. Ia adalah satu penyaksian bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan tiada pengabdian lain selain kepada Allah.

Kalimah agung (لا اله الا الله) ialah satu persoalan penting dan besar yang mewarnai kehidupan manusia. Kalimah ini harus difahami istilah, persoalan serta tuntutannya serta ia perlu dihayati sepanjang masa bukan sekadar dilafazkan di mulut semata-mata.

Jika kalimah ini tidak difahami dengan hakikat sebenar, masyarakat akan hidup terumbang-ambing tanpa panduan hidup yang jelas. Tiada matlamat dan tujuan hidup malah hilang pergantungan pada Allah Rabbulalamin.

Matlamat hidup kita tidak lain tidak bukan hanyalah untuk berubudiyah kepada Allah, Tuhan seluruh alam.

" dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu (Allah) " Azzariat:56

Hakikat ungkapan (لا اله الا الله) ini memakan masa selama 13 tahun oleh Rasulullah SAW untuk dihuraikan dan diterangkan hakikat, maksud serta penghayatannya. Begitu juga dengan ayat-ayat yang diturunkan oleh Allah SWT, semuanya tidak putus dari hakikat (لا اله الا الله). Kalimah inilah yang mewarnai kehidupan Muslim dan ia seharusnya tidak diambil secara sambil lewa sahaja.

Berubudiyah kepada Allah adalah kehidupan sebenar kita sebagai Muslim. Landasan kehidupan akan bertukar menuju nafsu, adat dan kemahuan masyarakat yang menentang prinsip syahadah jika Ubudiyah tidak dijaga dengan teliti. Oleh itu, bagi menjamin kebaikan hidup di dunia dan akhirat, kefahaman mendalam tentang hakikat kalimah ini amat diperlukan. Ini selaras dengan penolakan menyeluruh kehidupan terhadap jahiliyyah.

Contoh yang amat jelas bagaimana berkesannya kalimah dalam kehidupan, apabila Saidina Umar RA yang bengis dan jahil sebelum Islamnya, berubah menjadi seorang yang beriman dan lembut hatinya. Begitu menakjubkan sentuhan kalimah ini dalam kehidupan seseorang Muslim itu.

Kalimah ini merangkumi seluruh kehidupan Muslim, menerima Allah SWT sebagai Rabb, dan menolak Jahiliyah sama sekali. Hakikat ini harus dihadam, sehingga Muslim itu tetap atas jalan Ubudiyyah walaupun dikelilingi sistem jahiliyah dan aktivitinya. Uzlah Syuuriyah Tammah

Sesunggunya Islam tidak terbina ditempek-tempek bangunan jahiliyah, tetapi dibina di atas bangunan jahiliyah.

(27/4/2000)

2 comments

mmg berat makna kalimah syahadah yang kita dok ucap setiap ari.kalo kita btol2 hayati maksud die,mmg kompem jadi umat pilihan.tapi sedih bila ramai yang sambil lewa bila sebut pasal syahadah.sebut tiap2 ari,tapi kelakuan mcm x penah tau apa tu syahadah.huhu

insyaAllah sama2 peringat miqdad noh,...ana pn selalu lupa...

Post a Comment