Nota Minggu Dua  

Posted by Unknown



*****

Mustafa berjalan bersendirian ke cafe.

Dia memilih meja kosong di suatu sudut berdekatan dengan kawasan sinki.

"Makcik, teh tarik satu ye"
"Terima kasih", sambil dia tersenyum.

Surat khabar di atas meja dibelek malas-malas. Mencari berita yang menarik untuk dibaca. Belum beberapa saat, dilipat kembali.

"Masyarakat tenat", keluh hatinya.

Melihat tajuk berita pun sudah membebankan Mustafa. Pembunuhan, zina, rogol, rasuah dan macam-macam lagi, seolah-olah sudah menjadi syllabus tetap dalam penerbitan akhbar.

Mustafa mengambil nota pelajaran di dalam begnya. Sekurang-kurangnya mengisi masa sementara air minuman pesanannya tiba.

Khusyuknya terganggu apabila suatu suara yang dikenalinya menegur.

"Mustafa!,..", suara ceria menyapa dari belakang.

"Do you mind if I join you?", Prof Hannan tersenyum di hadapannya.

"Oh prof, please prof, please sit", Mustafa mengalu-alukan.
"How are you prof, haven't met you for quite some times"

"Alhamdulillah Mustafa, perfect, nothing to complain", jawab Prof Hannan ceria.
"So Mustafa, you are now in 5th year?"

"Yes prof"


Prof Hannan memang rapat dengannya, kerana Mustafa selalu datang ke biliknya sewaktu di tahun 3 dahulu. Cik pelayan datang mengambil pesanan daripada Prof Hannan. Setelah memesan teh O limau suam dan pisang goreng, dia menyambung bicara.

"So, how's everything Mustafa?"
"Are you doing well out there?"

"Well, actually I failed my paediatric posting last time"
"My short case. The mark was very bad"

"Oh, what happened Mustafa?"

"It was a Down's Sydrome case"
"I did describe some of the findings, however the examiner was not happy with my general examination", Mustafa menjawab.


Mustafa terus bercerita tentang pengalamannya sewaktu peperiksaan sebulan lalu. Prof Hannan khusyuk mendengar ceritanya. Kemudian perbualan menjadi semakin panjang apabila mereka berbincang berkisar tentang topik yang lebih luas. Pendidikan, berita terkini, dan banyak lagi. Mustafa hampir tidak perasan masa yang berlalu.

Mustafa melihat jam tangannya.


"Sudah hampir pukul 3", bisik hatinya.


"Prof""I'm sorry prof that I have to go now"
"My class starts at 3"

"Oh, go go, or else you'll be late", Prof Hannan bersungguh-sungguh.

"But", Prof Hannan melihatnya dengan serius.
"I thing that I want to say to you Mustafa"

"Don't worry too much, everything will be fine, InsyaAllah"

"To be honest, I am very worried prof"

"No Mustafa you don't have to. InsyaAllah everything will be fine"
"Remeber! Never give up"

"Thank you prof, I really appreciate it"

"What posting you are doing now?"

"Psychiatry"

"All the best!"
"Remember, everything will be fine"

"Thank you prof"
"See you", Mustafa tersenyum.

Prof Hannan mengangkat tangannya, sebelum Mustafa berlalu meninggalkan cafe.

*****

"Assalamualaikum doktor!!!", sekumpulan pesakit berebut-berebut ingin bersalam dengan Mustafa.

"Waalaikumussalam"
"Semalam tidur bagus ke?"

"Nyenyak tidur doktor", jawab mereka beramai-ramai.


Mustafa berlalu menuju ke kaunter wad.

Sewaktu keluar setelah menyimpan barang peribadinya di bilik belakang, dia berdoa dalam hati.

"Ya Allah kurniakanlah ilmu yang berguna kepadaku hari ini"

Tiba-tiba seorang pesakit yang sangat dikenali Mustafa mendekati.

"Adik, abang tak boleh tahan la"

"Kenapa pulak abang Basrie?"

"Rindu anak la dik, tak boleh tahaaan"
"Hati sedih la dik"

Basrie menangis teresak-esak.

"Abang ade anak sorang tu je dik"
"3 bulan abang duduk sini, tak pernah pun bekas bini abang tu bawak datang melawat"
"Mana boleh tahan dik, rindu"

Mustafa menepuk perlahan bahu Basrie, pesakit mental itu.

"Bang, jangan sedih, sabar bang ye"
"Abang rehat la, baru lepas ECT kan"

"Baik dik, abang baring dulu ye"
"Tak boleh tahan dik"

"Rehat bang rehat", Mustafa memujuk sebelum dia meninggalkan Basrie.

Belum dia sempat melangkah pergi,

"General dunia mana boleh nangis"
"Malu la macam ni", Basrie tiba-tiba berdiri dan bersuara lantang.
"Apa la aku sedih-sedih ni"
"Aku lelaki la, lelaki", Basrie bersemangat sambil mengesat air mata.

"Doktor, saya nak pegi tandas boleh? Nak basuh muka"
"Malu la orang tengok saya nangis"

"Pegi bang, basuh muka", Mustafa menjawab.

Basrie kembali sambil tersenyum. Dia mengambil sesuatu di atas katil sebelum kembali kepada Mustafa.

"Apa tu bang?"

"Abang lukis semalam"

"Saya tengok boleh?"

"Boleh, abang bagi kau"
"Ini tauliah istimewa dari general tentera darat dunia"

Mustafa tersenyum. Lukisan Basrie dilihat lama.

Ada tiga bahagian dalam lukisan itu. Sebelah kiri terdapat sebuah rumah dan pelangi di atasnya. Di tengah pula hujan lebat dengan suasana yang gelap, dan di sebelah kiri terdapat seorang lelaki dan matahari yang besar dan terang di atasnya.

"Apa maksud lukisan ni bang?"

"Pelangi tu gambaran abang sebelum masuk wad ni"
"Hidup abang bahagia. Keluarga, anak, isteri"

"Sekarang abang kat wad dik"
"Mendung", wajahnya berubah.
"Isteri dah cerai, anak tak melawat abang, kerja dah tak ada"
"Sedih la dik macam ni, tak boleh tahan", Basrie menampakkan tanda-tanda kesedihan di wajahnya.

"Matahari ni?", Mustafa menduga.

"Abang tahu masih ada harapan untuk abang"
"Matahari tu cahaya harapan"
"Abang nak cepat sihat, nak keluar kejar cahaya tu"
"Abang nak jadi sihat macam orang biasa"

"Mudahan Allah perkenan bang. Amin"

"Basrieeee!!!", nama Basrie tiba-tiba dipanggil oleh pembantu pegawai perubatan.
"Cepat makan ubat!", jeritnya lagi.


"Abang makan ubat dulu ye"

Basrie pergi meninggalkannya. Dia melihat Basrie pergi ke kaunter untuk mengambil ubat paginya. Lama matanya merenung sosok lelaki itu.

Tersentuh.

*****

"Salam Zahid, aku lambat sikit sampai boleh?"
"Ada hal di Cyberjaya"

"Eh tak apa. Janji datang"

Mustafa berkalut malam itu. Begitu banyak aturcara yang harus dia hadiri. Namun dia paling utamakan hari bahagia temannya itu, Zahid Rosmi.

Dia amat menghormati teman baiknya itu. Sejak zaman sekolah lagi, Zahid menjadi pencabarnya dalam pelajaran. Namun Mustafa selalu kalah. Kehebatan Zahid sukar ditandingi.

Kini beliau sudah di tahun akhir dalam bidang perubatan di Alexandria, Mesir. Balik sebentar ke Malaysia untuk menjemput suri hidupnya.

"Assalamualaikum", Mustafa tersenyum.

"Waalaikumussalam"

Rahman Hasan, Bahir Zem, dan Hadi Fahri sudah pun selesai menjamu selera ketika Mustafa tiba. Mata Mustafa mencari-cari kelibat Munsyi. Petang tadi dia bersetuju untuk datang.


Matanya tidak terjumpa sosok lelaki kaca mata itu. Hanya dia terlihat kelibat Zahid. Terus dia mendekati raja sehari itu.

"Mabruk ya akhi, Barakallahulakuma wabaraka alaikuma wa jama' bainakuma fi khair", Zahid dipeluk erat.

Perasaannya bercampur baur. Namun dia tetap tersenyum bahagia melihat temannya yang sudah maju setapak lagi meninggalkannya.

"Terima kasih datang", Zahid teruja.
"Mus, ini hari bahagia aku, kenapa muka kau bermuram je ni?"

"Eh, mana ada, aku senyum ni kan", terkejut apabila Zahid perasan akan perubahan emosinya.

"Perasan muka kau berubah"

"Tak ada apa-apa la Zahid, jangan fikir bukan-bukan"
"Aku cuma sebak sebab terlalu gembira melihat kau"
"Yang selebihnya biarlah aku simpan saja"
"Paling penting, ini hari bahagia kau, tahniah sangat-sangat"

"Terima kasih sangat-sangat jugak", Zahid menjawab.

"Mus kau jangan la sedih sangat"
"Lama-lama kena Major Depressive Disorder nanti, kau pulak jadi patient kat HKL tu"
"Mus, ingat satu saja"
"Minta pada Allah selalu"
"Hold on, never let go, don't be sad and never forget to ask Allah for his blessings and guidance"

"Insyaallah my brother"

*****

Malam itu Mustafa memandu bersendirian pulang ke kolejnya. Banyak yang dipelajarinya dalam seminggu ini.

Benarlah kehidupan ini ibarat suatu perjalanan. Ada kala jalannya lurus dan gerak langkah melaju tanpa kesulitan. Ada kalanya jalannya sangat menyulitkan sehingga terjatuh keletihan. Namun jatuh itu bukan pengakhiran, tetapi mengumpul kekuatan untuk bangkit dan terus maju kehadapan. Berbekal iman, azam, doa dan harapan.

"Harapan itu masih ada"
"Belajarlah dari kehidupan Mus", pesan Cikgu Bob terngiang-ngiang di kepalanya.

24/10/10

2 comments

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Post a Comment