Peringatan

"So do not become weak nor be sad, and you will be superior (in victory) if you are indeed (true) believers" [3:139]

11 November 2009

Antara 2

Kemenangan adalah rahmat,

Kemenangan diberikan Allah kepada siapa yang diinginkanNya,

Namun kemenangan akan sia sia, bila hanya melahirkan penderitaan,

Kemenangan sang juara menjadi tak bermakna, bila meninggalkan ribuan hati yang terluka,

Maka sahabat, berjuanglah!, Kerana di penghujungnya, menang atau syahid…

(IzzatuIslam-edited)

IMG_7702

Continued: Musafir End Sem

Cameron Highland 18-19/10/2009

IMG_7830

IMG_7861

IMG_7804

IMG_7800

11/11/2009

IMG_7783

Bicara kita adalah bicara sufi,

Tanpa suara dan kata-kata,

Kerana penghubung kita hanyalah suara hati,

Bertemu berpisah kerana Allah.

-Pahrol MJ-

02 November 2009

Kebahagiaan yang dicari

Aku berjalan di tebing kehidupan

Masing-masing duduk termanggu

Mencari kebahagian dalam kehidupan

Yang ku pasti, jawapannya hanyalah Islam,…

IMG_7684

24 October 2009

Bermusafir dan beriman,…

Cameron Highland 18-19/10/2009

[2] 2009, 2009-10-18, 3 images, IMG_7758 - IMG_7760 - 6101x2403 - SCUL-Smartblend

IMG_7666

IMG_7658

IMG_7655

Doakan aku syahid,..atau menang

Naeim, nta pergi,..

InsyaAllah,..ana akan pergi juga,…

Jika Allah memanggil, dan tidak ku kembali, doakan syahid buatku,…

IMG_9081

Ustaz Basyir

IMG_9093

IMG_9096

IMG_9131

22 October 2009

Merpati bahagia menuju ke syurga,..

Wahai diri,..

Ukhuwah dan Iman ibarat sayap seekor burung,..

Jika tiada satu daripadanya, maka tidak akan terbang burung itu menuju destinasi

IMG_6918

Dan destinasi kita adalah syurga,..

Hayatilah Iman dan Ukhuwah dengan nilaian yang sebenar,..

Kita bicara tentang ukhuwah, kita bicara tentang iman,

namun kecewakan sahabat kita dengan sibuk mencari kelemahan,

kecewakan sahabat kita dengan tidak berlapang dada,

kecewakan sahabat kita dengan membuka aibnya,

kecewakan sahabat kita dengan sering bersangka buruk,

Maka atas landasan yang benarkah ukhuwah ini,...

Ya Allah, bantulah aku, tetapkanlah iman dan ikhlas dalam setiap amalku...

Untukmu Pemuda Generasi Baru,..

Sebagai ruh baru bagi manusia,

Bangkitkan semangat kemerdekaan,

Menerjang tumbangkan benteng tirani,

Dengan satu cita tegak keadilan,..

DSC_3739

Bangkitlah segera wahai pemuda

Jangan terlalaikan oleh buai dunia

DSC_3751

08 October 2009

Bismillah, doakan semua

Assalamualaikum, doakan ana exam minggu depan,..

05 August 2009

058

me: Askm, happy birthday, Allah bless you.
munsyi: Wslm..jzkallah..ana pn br teringat besday ana..huhu..

04 August 2009

Ku ingin pergi...

IMG_1035

Bermusafir,....membawa hati ini...Assalamualaikum...

24 July 2009

Ya Allah, suburkanlah iman dalam hatiku,..

a-1

Ya Allah, aku menagih cahayamu,...

IMG_2552

People change, but history remains,...

19 July 2009

Carilah

Cahaya dan Kegelapan

Carilah cahaya...

Allahumma

اللهم اني اعوذبك من فتنه النساء

18 July 2009

Kefahaman Kalimah Syahadah (لا اله الا الله)

IMG_0039

Syahadah ialah rukun awal dan rukun asas dalam Islam. Keimanan kita bermula dengan syahadah dan ia adalah satu prinsip yang besar sebelum solah dan segala-galanya. Ia adalah satu penyaksian bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan tiada pengabdian lain selain kepada Allah.

Kalimah agung (لا اله الا الله) ialah satu persoalan penting dan besar yang mewarnai kehidupan manusia. Kalimah ini harus difahami istilah, persoalan serta tuntutannya serta ia perlu dihayati sepanjang masa bukan sekadar dilafazkan di mulut semata-mata.

Jika kalimah ini tidak difahami dengan hakikat sebenar, masyarakat akan hidup terumbang-ambing tanpa panduan hidup yang jelas. Tiada matlamat dan tujuan hidup malah hilang pergantungan pada Allah Rabbulalamin.

Matlamat hidup kita tidak lain tidak bukan hanyalah untuk berubudiyah kepada Allah, Tuhan seluruh alam.

" dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu (Allah) " Azzariat:56

Hakikat ungkapan (لا اله الا الله) ini memakan masa selama 13 tahun oleh Rasulullah SAW untuk dihuraikan dan diterangkan hakikat, maksud serta penghayatannya. Begitu juga dengan ayat-ayat yang diturunkan oleh Allah SWT, semuanya tidak putus dari hakikat (لا اله الا الله). Kalimah inilah yang mewarnai kehidupan Muslim dan ia seharusnya tidak diambil secara sambil lewa sahaja.

Berubudiyah kepada Allah adalah kehidupan sebenar kita sebagai Muslim. Landasan kehidupan akan bertukar menuju nafsu, adat dan kemahuan masyarakat yang menentang prinsip syahadah jika Ubudiyah tidak dijaga dengan teliti. Oleh itu, bagi menjamin kebaikan hidup di dunia dan akhirat, kefahaman mendalam tentang hakikat kalimah ini amat diperlukan. Ini selaras dengan penolakan menyeluruh kehidupan terhadap jahiliyyah.

Contoh yang amat jelas bagaimana berkesannya kalimah dalam kehidupan, apabila Saidina Umar RA yang bengis dan jahil sebelum Islamnya, berubah menjadi seorang yang beriman dan lembut hatinya. Begitu menakjubkan sentuhan kalimah ini dalam kehidupan seseorang Muslim itu.

Kalimah ini merangkumi seluruh kehidupan Muslim, menerima Allah SWT sebagai Rabb, dan menolak Jahiliyah sama sekali. Hakikat ini harus dihadam, sehingga Muslim itu tetap atas jalan Ubudiyyah walaupun dikelilingi sistem jahiliyah dan aktivitinya. Uzlah Syuuriyah Tammah

Sesunggunya Islam tidak terbina ditempek-tempek bangunan jahiliyah, tetapi dibina di atas bangunan jahiliyah.

(27/4/2000)

16 July 2009

Mehnah Dakwah; Sorotan Kembali Dua Sejoli Di Atas Jalan Jihad

Kubah Masjid di Mesir

Nama lengkapnya ialah Kamal Shohaimi. Dia anak ketujuh daripada tiga belas adik beradik. Dilahirkan di Kairo, Mesir pada tahun 1918. Ayahnya pemilik farmasi di Sayeda Zainab, Kairo. Latar belakang mendorongnya bekerja di Jabatan Kesihatan selepas tamat sanawi.

Ciri yang menonjol pada diri Kamal sejak kecil berbanding dengan saudaranya yang lain ialah kecenderungannya dalam agama. Kecenderungannya itu kerap mempengaruhinya dalam pelbagai acara keluarga. Selalunya suasana perjumpaan keluarga yang dihadirinya akan berubah menjadi majlis ilmu dan muzakarah. Beliau sungguh berperanan dalam mencorak keluarganya ke arah Islam.

Kecenderungan Kamal terus berkembang subur khususnya apabila dia disentuh oleh Jamaah Ikhwanul Muslimin yang pada masa itu dipimpin oleh As-Syahid Hassan Al-Banna. Usianya sewaktu itu dihabiskan dengan penglibatan yang bersungguh-sungguh dalam manhaj Ikhwanul Muslimin yang meliputi bidang tarbiyah, dakwah dan amal jamai'e. Tidak dihairankan apabila benih yang subur diletakkan di bumi yang subur, kemudian dibajai dan dipupuk, maka ia tumbuh bersemi, membesar, mendaun dan mengeluarkan buah yang mempesonakan.

Namun, adalah menjadi sunnatullah, perjalanan dakwah diwarnai dan disirami keringat darah dan air mata. Tabiat perjalan ini sangat difahami oleh Kamal dan sahabat-sahabatnya. Dengan penuh tawakkal kepada Allah SWT, mereka ditimpa kezaliman daripada regim Jamal Abdul Nasir pada tahun 1954 yang mengheret mereka ke penjara. Kamal dijatuhkan hukuman mati. Namun dengan izin Allah SWT, Kamal kemudiannya dihukum dengan 25 tahun penjara dengan melakukan kerja berat.

Kekejaman penyiksaan dalam penjara menyebabkan indera pendengarannya kurang normal. Namun Kamal yang akrab berhubung dengan Allah dan kerap mendoakan mati syahid menganggap semua peristiwa itu sebagai jalan untuk terus memperkuatkan keimanan dan kemesraannya dengan Allah SWT. Beliau terus bermunajat kepada Allah SWT dalam ruku' dan sujudnya di malam yang gelap gelita dan di dalam puasanya di siang hari.

Sangatlah wajar apabila Ustaz Mustafa Masyhur menyatakan bahawa Kamal menjadi contoh kesabaran, ketabahan dan ketetapan untuk sahabat-sahabatnya yang ada bersama di dalam penjara taghut. Bahkan Ustaz Mustafa Masyhur yang bertahun-tahun berada dalam penjara bersamanya juga menyaksikan bagaiman keteguhan hatinya untuk tetap memakai pakaian nipis penjara, walaupun seuasan sekeliling sangat dingin, lantaran didorong oleh semangat untuk melepaskan diri daripada sifat bergantung pada duniawi.

Setelah lima tahun berada dalam kurungan besi, Kamal dihantar ke hospital Liman Taroh akibat tindakan kejam yang ditanggungnya. Di sinilah dia berjumpa dengan Sayyid Qutb. Sesunggunya perjumpaan ini adalah perjumpaan yang penuh barakah. Dalam pertemuan itu, Kamal telah menyampaikan hajatnya untuk menyunting Aminah Qutb, adik kandung Sayyid Qutb, Hajatnya itu disambut gembira oleh Sayyid Qutb. Bagaimanapun belum sempat hajat itu disampaikan kepada Aminah Qutb, Kamal dihantar semula ke penjara. Sekalipun sedemikian, hajat ini tetap disampaikan Sayyid Qutb kepada Aminah Qutb, dan lamaran itu terus diterima oleh adiknya walaupun dia tahu bakal suaminya masih mempunyai tempoh tahanan sebanyak 20 tahun lagi, Subhanallah...

Aminah Qutb berkunjung ke penjara Liman Taroh bersama beberapa anggota keluarganya. Pernikahan berlangsung dalam suasana Kamal ditawan oleh konco-konco taghut. Kini rasmilah mereka menjadi dua sejoli suami isteri.

Hubungan hati kedua sejoli ini terus mekar meskipun mereka dipisahkan oleh tembok penjara dan berjauhan. Kunjungan dan surat-surat daripada Aminah benar-benar menjadi hiburan imani untuk Kamal dan sahabat-sahabatnya yang lain. Sewaktu menziarahi suaminya, Aminah kerap ditemani adik kandung Kamal. Satu ketika setelah Aminah menempuh perjalanan yang jauh dari Kairo ke Qana, kemudia dari Qana ke penjara, maka terungkaplah satu kisah yang menyedihkan antara mereka yang diceritakan oleh adik Kamal. Dalam suasana yang terharu itu, Kamal menghampiri isterinya lalu berkata,

“Isteriku Aminah, Adinda memang tahu dan sepertimana yang telah aku katakan dulu, yakni sejak pernikahan kita, bahawa keadaan aku dalam penjara ini masih tidak jelas. Adakah akan berakhir 20 tahun lagi atau hayatku akan berakhir di sini? Aku tidak sanggup melihat penderitaan yang engkau alami. Mulai saat ini, aku serahkan kepadamu untuk menentukan masa depanmu. Abdul Nasir telah memujuk kami untuk menyetujui keputusannya, tetapi tidak mungkin kami menerima keputusannya itu, meskipun kerananya jasadku dipotong-potong. Fikirkan dengan baik dan tuliskan pendapatmu..”

Sebaik saja Aminah mahu menulis jawapan untuk suaminya, dia diusir keluar kerana waktu lawatan sudah tamat. Kesedihan Aminah sudah dijangkakan kerana tidak dapat menjawab pertanyaan suaminya. Aminah dan adiknya pulang meninggalkan penjara itu. Apabila tiba di rumah, Aminah terus mencurahkan perasaan hatinya yang terbendung sejak dipenjara lagi. Meluncurlah rangkap-rangkap syair cinta imani, yang antara lainnya berbunyi,

“Adinda akan tetap hidup bersama jihad,

kerana jihad adalah pintu syurga

Suamiku,..

adinda akan tetap setia di sampingmu mengharungi jalan ini..”

Syair itu dikirimkan kepada Kamal. Sungguh luar biasa kesannya. Kamal benar-benar merasai nikmat pertolongan Allah melalui teman hidup yang solehah di tengah-tengah kemelut siksaan musuh yang kejam.

Detik demi detik berjalan terus. Pada tahun yang kedua puluh dua Kamal dikurung dalam penjara, tersebarlah berita kematian Jamal Abdul Nasir dan digantikan dengan Anwar Sadat. Anwar Sadat kemudiannya membebaskan tahanan politik dan kebebasan itu tidaklah bermakna perjuangan akan berakhir.

Kamal ditangkap semula dalam operasi penangkapan besar-besaran pada 4 Mei 1981. Dua bulan selepas itu dia menemui cita-citanya yang kerap diucapkan dalam doa iaitu syahid digantung selembar kain oleh rejim yang kejam dalam sebuah kamar penjara.

Tipu daya musuh-musuh Islam belum tamat. Mereka menghebohkan berita bohong ke tangan masyarakat menyatakan Kamal mati akibat bunuh diri. Na'uzubillah min zalik. Satu tuduhan yang tidak layak dilontarkan kepada seorang hamba Allah yang seluruh jasad dan rohnya diwakafkan untuk perjuangan di jalan Allah. Wallahualam.

12 June 2009

Pemergian Mujahid Muda,...

Alfatihah,..

Allahyarham Ammar banyak mengajarkanku erti sabar menempuh ujian

Allahyarham Ammar banyak meniup angin perjuangan dalam hidupku

Ya Allah tempatkanlah beliau dikalangan ahli syurgamu

Kehadiranmu dirasai, pemergianmu ditangisi,...kaulah contoh daie sejati...

26 May 2009

pijol, pergilah...

Puje Pencari Pasangan

pijol @ pujey @ firdaus

bahtera bahagiamu bakal berlabuh juga, dan hakir masih sepi di sini,...

Percubaan

koleksi bunga-bunga

Percubaan untuk template baru, setakat ni berjaya...

Esok bertolak ke KL, mungkin dah xsempat bersinggah ke alam maya,..

25 May 2009

jadi ku kan,..

Kulit Album

perlabuhan sepi

terus melangkah demi islam yg kucintai,..

23 May 2009

Sudah Pasti

The road may be difficult, but the final destination is certain - ukur kira

22 May 2009

Ummi, a thousand miles I'd run and walk and fall, but i'd do it again and again a thousand times..

Without your warmth, without your smile

Without you, by my side

The world was so cold, I felt so lost

Without your light, I felt so blind

A thousand miles I'd run and walk

A thousand times I'd slip and fall

But for you I'd do it again

A thousand times

Without your warmth, without your smile

Without you, by my side

The world was so cold, I felt so lost

Without your light, I felt so blind

You gave me hope, you let me dream

Made me believe I can still trust

You raised me up, you gave me wings

Just like a kite in the sky

A thousand miles I'd run and walk

A thousand times I'd slip and fall

But for you I'd do it again

A thousand times

No words are enough to convey

All the things I want to say

I won't even try ‘Cos I know

Deep down you feel how much I care

Now I hold my head up high

I see my dreams coming true

Peace be with you my dearest friend

In my heart you will remain

A thousand miles I'd run and walk

A thousand times I'd slip and fall

But for you I'd do it again

A thousand times

~sami yusuf

note:

this song was released without sami yusuf's consent or blessing,...

this is just a demo or 'work in progress' but Awakening Records stole it form him and released it claiming to be his 3rd album

which in fact is not,..

he is now on his way to finishing his genuine, high standard 3rd album. And please boycott this fake album and patiently wait for his true album which will be released soon, insyaAllah

read more here

21 May 2009

Bahtera Cinta

Bahtera cinta berlabuh dihadapanku,

ramai yang berpusu-pusu pergi,

aku turut ingin naikinya,

ku berlari dan pergi,

namun ku sedari ini bukan bahtera yang kucari,

bahtera ini cukup indah dan penuh warna warni,

namun perjalanannya tidak mengikut panduan ilahi,

yang akhirnya akan karam di lautan yang dihinai,

lalu ku berlari, dan terus berlari,

agar sempat untuk ke kembali ke perlabuhan ini,

arus manusia yang berpusu-pusu aku tempuhi,

ia amatlah susah dan meletihkan,

kerana hati ini sudah terpikat dengan hiasan palsu bahtera itu,

alhamdulillah,...

dan kini aku kembali di sini dan akan menanti,

bahtera yang akan membawaku ke pulau abadi,

pulau bahagia dan diredhai,

biarlah aku setia disini,

menanti di perlabuhan sepi dan sunyi,

menanti dan terus menanti...

20 May 2009

Ku kirimkan mataku ke syurga,...

Syeikul Jihad

Syeikul Husein Khalil Saqar Al-'Awawidah

(Pengerusi Robitah Ulama' Palestin),

Sahabatku, syeikhuljihad ini telah hilang daya penglihatannya akibat kekejaman rejim zionis laknatullah, beliau mewaqafkan hidupnya untuk berjihad membebaskan bumi Palestina, membela al-Aqsa dan menghalau yahudi laknatullah. Dipenjarakan rejim yahudi sebanyak 13 kali dan pada tangkapan ke 6, beliau dibutakan dan dicederakan tulang belakangnya hingga mengalami kecederaan yang teruk pada mata dan tulang belakangnya.

Sahabatku, syeikhuljihad ini telah menghantar matanya ke syurga, dan masih terus thabat berjuang demi menggapai syahid untuk bertemu Kekasih abadi.

Saat ana bertemu dengan syeikhuljihad ini, terasa ketenangan dan kedamaian yang amat sangat dihati. Setiap kata-kata yang dilafazkan, penuh kelembutan dan seperti beliau sangat berbahagia dengan apa yang beliau sedang hadapi. Saat ku memeluknya, beliau tak henti-henti berdoa untukku, mudahan Allah memberkatiku.

Ya Allah, saat itu ana berasa sungguh tersentuh sehingga hampir menitiskan air mata, namun ana sangat kecewa kerana hati ini yang gersang akibat kemarau iman. Sungguh sukar untuk menitiskan air mata.

Berpeluang memeluk ulama

"Dan janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka (musuhmu). Jika kamu menderita kesakitan, maka ketahuilah mereka juga menderita kesakitan (pula), sebagaimana kamu rasakan, sedang kamu masih dapat mengharapkan dari Allah apa yang tidak dapat mereka harapkan. Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana" - an-Nisa':104

Benarlah apa yang mereka selalu mereka lafazkan dan sering ulangi,

حسبنا الله ونعم الوكيل

"Cukuplah Allah pelindung kami"

Semoga ana dapat mengikut jejak syeikhuljihad ini insyaAllah.

Jazakumullah khairan kathiira,...

Ketika ana lemah, antum meniup kembali ruh untuk ana terus melangkah,...

IMG_6825

IMG_2738

Zaid Rosli

Sahabat Mesir

IMG_2955

dan ramai lagi yang tak sempat diletakkan gambarnya (insyaAllah kemudian)...jazakumullahkhairan

12 May 2009

Things happening not as what i expected to happen

Kerja JAKSA yang bertimbun belum disiapkan...

IMG_6773

Barang dalam macbook yang bercelaru, berterabur file sana sini.

Tambah dengan dead pixel yang mula menjengah monitor. Alhamdulillah ada monitor extra kat rumah. It easier to have 2 monitors, kerja berjalan sangat pantas dan efisyen..am thinking of buying one, used pun jadi la kut. InsyaAllah.

IMG_6779

Kadang-kadang, hidup ketika tenang itulah yang lebih merbahaya buat diri berbanding kita susah dan sibuk.

Teringat kisah Ustaz Rahmat Abdullah,

"Jangan ante jadi monyet!, sewaktu diatas pokok ada 3 jenis angin datang. Angin topan, angin bahurok, angin puting beliung. Tidak jatuh malah makin kencang pegangannya. Tapi bila angin sepoi bahasa datang, mengurut ubun-ubun, merehatkan tidak semena-mena pegangannya longgar dan akhirnya jatuh"

Sewaktu sihat kita selalu tinggalkan perkara yang penting kononnya ingin diselesaikan kemudian, namun Allah SWT ingin menegur kita, diberikannya sakit, demam, berdenyut kepala, dan ketika itulah kita menyesal bahawa masa sihat kita tidak digunakan sebaiknya. Masa senang tidak digunakan sebaiknya sebelum tiba masa susah. Alhamdulillah Allah SWT menegur saya, dengan diberikan kesakitan.

IMG_6781

Namun, kita insan lemah tak berdaya, setelah sihat, kembali lupa...Ya Allah, janganlah kau murka dengan kelalaianku ini. Ampunilah dosaku Ya Allah, Ampunilah..

11 May 2009

Perlis negeri ketenangan dan kedamaian #2 (UPDATED)

Makan Ikan Bakaq di Kuala Perlis

Reminder! - never take a picture with your mouth full of food, its just not nice to see...

IMG_6681

Bertuah kali ini dapat jumpa balik acap melele yang tidak ku ketemui dah 4 tahun.

"Jepah, peluk la ana, peluk la ana"- acap lele

IMG_6678

Naeim aka A'eim memenungkan masa depannya yang insyaAllah cerah. InsyaAllah azamna (azam kita)...Kita azam, usaha, selebihnya kita serah pada Allah

IMG_6771

ATAS ARAHAN NAEIM, INI DIA GAMBAR BELIAU, nak bagi sapa tengok a'aim?hehe

Bukit Ayaq

IMG_6625

Siapa xpandai berenang, jangan mandi tempat ni, dalamnya 3 kali muttaqee..

IMG_6630

no comment

Nazwandy - jazakallah untuk ikan2 dan sotong

Naeim - jazakallah belanja minum n makan

***** - jazakallah duit minyak

Sapa nak jalan perlis, mai pakat mai pakai mai ramai2, perlis aman damai penuh ketenangan..cuma banyak gambar terlepas sbb camera selalu tinggal dalam kereta.

Perlis negeri ketenangan dan kedamaian #1

Maahi requested me to post some of the pictures from our last trip to Perlis, so here are some of them.

Gua Kelam 2 (baru dibuka kepada pengunjung)

IMG_6702

Sementara menanti train yang akan bawa masuk ke dalam gua

IMG_6698

Ini dia pintu gua kelam 2

IMG_6739

Bergambar di hall yang pertama

IMG_6754

Salah satu dinding2 gua yang unik

IMG_6762

Sampai di penghujung jalan, menembusi kawasan Gua Kelam 1

Siapa yang nak pi peghelih boleh singgah mai..

10 May 2009

Masanya akan tiba...

baby

"Tiga golongan yang pasti akan mendapat pertolongan Allah, iaitu budak muktab yang bermaksud untuk melunasi hutangnya, orang yang menikah untuk menjaga kehormatannya, dan yang berjihad fisabilillah"

(HR at-Tarmidzi, an-Nasai', al-Hakim, Ahmad dan al-Daruqutni)

Semoga berbahagia, ku menanti giliranku sahabat

IMG_3489

Mungkinkah kini tidak seperti dahulu lagi?

"Pah, mitok maaf la aku nikoh tok royak ko mum"-Pijul Fauzi

"Nati kawe blanjo eskrem deh malam ni"-Wan Man

"Pah kawin la cepat2, xsabaq ni"-A'aim

DSC_8327-Edit

hakcipta aw3rz

Sob, moga berbahagia selalu dan dirahmati Allah SWT sepanjang hayat.

(Tiap kali penulis melihat gambar ni, ada perasaan yang tak dapat digambarkan dengan kata kata, tanda tak lama la tu)...

26 April 2009

Cuti bermula,..melangkahlah menuju kebaikan!

بسم الله الرحمن الرحيم

End semester break menjelang tiba, dan ada 5 minggu untuk diisi, yang penting saya berdoa mudah-mudahan akan berlaku peningkatan diri dalam banyak aspek,..

InsyaAllah gunakan peluang sebaiknya,...

Raya-1

Tiba di rumah: 26/4/2008 3.30pm

Susunlah kehidupanmu...

Raya-55

Menghayati keamanan kampung halaman,...

Raya-47

Raya-10

Berkenalan semula dengan semua

Doakan saya teman-teman,...

25 April 2009

Ya Allah, turunkanlah ketenangan dan keampunan...

Raya-52

Ya Allah, Ar-Rahman, Ar-Rahim,

Sesungguhnya aku insan lemah,

dan selalu berbuat dosa,

Meskipun hatiku cuba berbisik menghalang,

namun aku bagai tidak mampu berbuat apa-apa,

Sekadar pasrah kepada tundukan dunia dan isinya...

Raya-29

Ya Allah, Ar-Rahman, Ar-Rahim,

Engkau peliharalah aku dan keluargaku dari siksaan api neraka,

Janganlah tempatkan aku didalamnya,

Kerana itulah seburuk-buruk tempat kembali,

dan satukanlah hati-hati kami atas ikatan ukhuwah dan iman...

Raya-362

Ya Allah, Ar-Rahman, Ar-Rahim,

Kau pimpinlah aku sepanjang perjalanan ini,

Agar aku dapat bertemuMu di destinasi abadi

Janganlah cicirkan aku dari jalan ini,

Ketika aku sering mencicirkanMu...

bab7

Ya Allah Ya Rahman,

Kau berilah kepadaku peluang,

Untuk berbakti kepada ibu bapaku,

Kerana pengorbanan mereka sejak dari kecilku

dan Kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihiku sewaktu kecilku...

Dan tempatkanlah mereka di syurga abadi...

Raya-50

Ya Allah, Sesungguhnya aku kecewa dengan diri ini,

Aku sering meninggalkan tanggungjawabku,

Aku sedar, namun aku sering tewas, dan aku tewas lagi,

Kau dengarlah luahan ini, agar aku kembali bertapak dan berlari

Menuju akhiratMu yang abadi...

22 April 2009

Sunyi

Menyelami Senja yang Indah

"I'd trade your problems for mine, if that would put a smile on your face..." - Jamil

21 April 2009

Berjalan, Melihat dan Mentafsir...

بسم الله الرحمن الرحيم

إن فى خلق السماوات والأرض و اختلاف الليل و النهار والفلك التى تجرى فى البحر بما ينفع الناس وما أنزل الله من السمآء من مآء فأحيا به الأرض بعد موتها وبث فيها من كل دآبة وتصريف الرياح والسحاب المسخر بين السمآء والأرض لأيات لقوم يعقلون

(al-Baqarah: 164)

Cahaya menerangi Alam

Behold! In the creation of the heavens and the earth;...

Senja di RaksulBarr

...in the alteration of the night and the day;...

Kapal Terumbang Ambing

...in the sailing ships through the ocean for the profit of mankind;...

Pantai RaksulBarr

...in the rain which Allah sends down from the skies,...

Keldai Taat

...and the life which He gives therewith to an earth that is dead;...

zoo

...in the beast of all kinds that He scatters through the earth;...

Masjid Muhammad Abu Bakar

...in the change of the winds, and the clouds which they trail like their slaves between the sky and the earth - (here) indeed are Signs for a people that are wise.

صدق الله العظيم

18 April 2009

بسم الله الرحمن الرحيم

Quran Penenang Jiwa

فإن تنازعتم في شيء فردوه إلي الله و الرسول

"Jika kamu berselisih mengenai sesuatu persoalan, maka kembalikanlah persoalan itu kepada Allah dan RasulNya" - (an-Nisa' : 59)

17 April 2009

Hitam dan Putih

بسم الله الرحمن الرحيم

Sewaktu menetap di 'Bait Hidden Leaf Rookies', rumah dihuni oleh 3 pemuda hebat, Faisal, Azrul dan Ikram, berlaku sedikit kesedihan kerana pakaian yang kami jemur di luar dicuri.

Dipercayai pencuri tersebut melakukan aktiviti sewaktu malam kerana apabila kami bangun subuh dan ingin bersiap-siap ke kelas, baju yang dijemur hilang! Akibatnya, kami tidak ke kelas hari tersebut (mungkin alasan semata-mata) dan lebih teruk ada yang terpaksa menggunakan pakaian yang sama sepanjang peninggalan kami di sana. Alhamdulillah cuaca sejuk.

Sejarah Hitam

Tempat jemuran, petang penuh, pagi esok tinggal sikit je...

Jangan terperdaya dengan ketenangan pagi di Mansurah kerana mendekati jam 9 ke atas, seluruh kawasan menjadi riuh rendah dengan aktiviti manusia sehingga lewat malam

Pekerja di Mansurah dan pelajar bermula aktivitinya jam 9 pagi hingga 3 petang. Kalau bekerja, tengah hari ada break sejam untuk solah. Kalau pelajar, setakat yang saya faham, lecture akan berterusan tanpa henti tetapi pelajar boleh keluar bila-bila masa yang kita suka untuk rehat dsb.

Pagi Yang Tenang di Mansurah

Pagi di Mansurah selepas kehilangan pakaian (agak mahal juga tu tapi halal la..)

Yang kelakar la jugak, 2 hari selepas itu, mungkin pencuri yang sama, datang lagi untuk membaham basikal ahli rumah ini. Alhamdulillah sempat diselamatkan.

Dan saya mendapat berita selepas kembalinya kami ke Malaysia, ada attempt ke dua untuk mencuri basikal di rumah ini. Alhamdulillah Azrul sempat menyelamatkannya.

Basikal yang Bakal Dicuri

Basikal yang menjadi tumpuan

Secara umum, saya amat gembira mendiami rumah tersebut. Layanan oleh tuan rumah, Azrul, Ikram dan Faisal amat mengharukan hati kami. Mereka sanggup memasak untuk kami. Tidak lupa Azrul yang setia menggerak kami solah subuh. Ana respect anta!

Ikram yang menegur saya memakai kain ke masjid (di sana masyarakat melihat lelaki memakai kain dengan amat ganjil)

Malah saya mendengar, kalau lelaki memakai kain, itu bermaksud dia...

hmm tak perlulah ceritakannya.

Ada gambar ahli rumah tersebut namun dari kamera sahabat saya, InsyaAllah akan saya upload setelah mendapatkannya dari beliau. Bersyukur pada Allah kerana memberi Mansurah sebagai titik pertemuan persaudaraan ini, InsyaAllah mudah-mudahan berterusan.

Mesir mungkin hitam, namun kalian (teman Malaysia di Mesir) telah memutihkannya...

16 April 2009

Jemputan Ceramah Khas Palestin

DATANG BERAMAI-RAMAI

King Faruk, Istana, dan Taman Muntazahnya

بسم الله الرحمن الرحيم

King Faruk ialah kesultanan terakhir di Mesir sebelum dijatuhkan dan diwujudkan pemerintahan berpresiden di sana. Ketika keadaan kritikal, beliau lari melalui terowong rahsia di istananya yang terus menuju pantai di mana bot peribadi membawanya ke europe (xpasti rasanya France).

Melihat pada istananya yang mempunyai 365 bilik (tiap hari satu bilk ke?) dan tamannya yang cantik, tentu kita faham kekayaan yang dimilikinya dulu.

Istana King Faruk

Lawa istana ni...

Muntazah Garden King Faruk 2

Pantai yang membawanya ke France

Kawasan tamannya yang luas mempunyai 2 istana. Satu kepunyaannya dan satu untuk isterinya. Sekarang istananya digunakan oleh presiden Mesir untuk tujuan rasmi dan istana isterinya diubah menjadi hotel

Muntazah Garden King Faruk

Pantai ditepi taman

Dan ketika berbulan madu dengan isterinya, wajib dia akan berjalan di Jambatan Stanley (betul ke x ejaan). Jambatan ini terletak jarak berjalan kaki dari istananya.

Jambatan

Puje, Yunus, Faizani

Jambatan Stanley

Lampu jambatan

Melihat pada tamannya, pandangan awal saya adalah dia sukakan kesenangan.

Wallahualam sekadar pandangan

15 April 2009

Musyrif kami

بسم الله الحمن الرحيم

Post kali ini adalah khas untuk pemandu pelancong kami yang tabah dan sabar menemani kami ke tempat menarik di Mesir.

Beliau berkorban masa dan kelas tuisyennya untuk kami. Tidak lupa katilnya yang selesa untuk kami (dia terpaksa tidur atas lantai). Juga laptopnya yang berinternet.

Beliau menjadi jurubahasa kami.

Yang paling penting, beliau sanggup membawa kami ke tempat menarik walaupun terdapat masalah yang tak dapat dielakkan pada hari tersebut.

Faisal Hensem 2

Faisal (kabur sikit lens xde IS)

Faisal menendang

Mungkin inilah kekuatan beliau..

Faisal Hensem

Semoga berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat...

Namanya Mohd Faisal 'Arif

Tahun 4 Medic Mansurah

Pesa, terima kasih banyok!

Jazakallah khair

Balik nanti bawak balik JUHAYNA deh...

14 April 2009

Negara Darurat

بسم الله الرحمن الرحيم

Mesir merupakan negara darurat. Polis ada di mana-mana. Tidak dibenarkan mengambil gambar polis. Katanya ada pelajar Malaysia yang pernah ditangkap kerana mengambil gambar polis

Tapi ambil juga curi-curi. Sebab tu orang kata, lagi ada undang-undang, lagi nak langgar.

Polis Dilarang Ambik

Penjaga Piramid

Polis dilarang Ambil

Penjaga Hotel

Setiap yang ada anak lelaki 2 orang atau lebih wajib hantar ke khidmat negara selama 3 tahun

Bellboy

Bellboy...an old boy

Kalau dah tua, bekerja di hotel pula kut, atau bekerja sebagai buruh dengan gaji yang rendah. Kasihan rakyat Mesir yang tertutup. Mereka tidak mengenali negara lain dan masih beranggapan negara mereka yang terbaik selepas Jepun dan US. Jika mereka berjumpa kita, akan dipanggilnya 'bonga bonga' (kata kita orang asli). Kalau tak pun 'nihauma!'. Kulit saya yang gelap ni pun boleh dia panggil cina sambil tangan rapat gaya sembah tu. Kesian.

Mesir yang Tidak Mengenali Malaysia

Kasihan mereka. Bersyukurlah teman-teman dengan nikmat yang ada.

Firaun Laknatullah & keturunannya?

بسم الله الرحمن الرحيم

Tak pernah lagi dalam hidup saya ada berasa takut untuk membeli. Jika anda berada di Mesir, mungkin akan hadapi benda yang sama. Penjual yang penuh tipu daya. Saat saya tiba ke kedai, saya dapat merasakan aura penipuan yang bergelora di sekeliling penjual tersebut. Bayangkan harga dinaikkan 2,3 kali ganda. Ini tidak adil dan kelakuan kejam terhadap saudara sesama Muslim.

Itulah yang dilakukan Firaun terhadap Bani Israel ketika zaman Nabi Musa AS. Allah menyusun beliau untuk terselamat dari kekejaman Firaun Laknatullah.

Museum Firaun

Museum Firaun Ramses

Museum ini meletakkan kebanyakannya harta, mumia dan patung kepunyaan Ramses yang dipercayai Firaun Zaman Nabi Musa AS. Kuburnya dilaporkan yang paling terselamat dari pencuri. Kekayaan yang dimiliki amatlah besar dikatakan laknatullah ini menyimpan 4 kereta kuda emas di dalam kuburnya. Itu tak dikira hiasan ketika mati kerana dikatakan topeng mumianya emas tulen yang berat (tak ingat berapa)

Musium Firaun

Penulis bergambar

Kekejaman Firaun dibalas Allah apabila manusia kutuk itu dilemaskan dalam Laut Merah. Dia ingin bertaubat di saat akhir namun Allah tidak menerima malah berjanji untuk menjaga tubuhnya agar dijadikan pengajaran (gambar mumia xboleh ambik)

Depan Pyramid

Piramid Giza

Piramid adalah kubur bagi Firaun. Ia terletak di sebelah barat Cairo seberang Sungai Nil yang dipercayai kawasan terdekat dengan tuhan dan bentuk piramid dicipta kerana kononnya ruh Firaun akan menuju terus ke puncak dan kembali ke tuhan Ra menjadi Amun Ra

Bersandar

Bagaimana manusia boleh mencipta binaan sebegini dahulu kala?

5 Piramid Giza

gambar seluruh piramid di giza

Sphinx

sphinx juga kubur firaun

Circumcision

Sunat atau Kasi?

Duan Gembira

Tidak lepas peluang (duang paling semangat)

Pintu Masuk Piramid

Pintu Masuk Utama Piramid yang Dikambus

Pintu ini akan ditutup setelah mayat firaun ditanam. Masa yang panjang membuka ruang tersebut kembali

Firaun Allah SWT pelihara untuk kita ambil pengajaran. Namun ramai yang datang untuk mengagumi kekayaan dan kekuasaannya. Mudah mudahan manusia yang beriman akan ambil iktibar.

EGYPT; Kisah Suka Duka #1

بسم الله الرحمن الحيم

Alhamdulillah, syukur pada Allah SWT kerana memberikan peluang untuk merasai pengalaman bermusafir di Mesir, sebuah negara yang terkenal dengan 3 kisah dalam sejarah tamadun manusia; Firaun & Nabi Musa AS, Alexander the Great dan Salahuddin Al Ayyubi. Tidak lupa julukan yang diberi sebagai Bumi Anbiya'.

Egypt Air

Egypt Air, Mendekati Cairo International Airport

Penerbangan tidak selesa dengan flight attendant yang kasar dan tua.

Penerbangan lebih kurang 12 jam. Berlepas dari KLIA jam 10 malam dan merasai malam paling lama dalam hidup. Solah subuh sebelum kapal terbang jejak Cairo International Airport..

Penulis Berfikir

Penulis sedang berfikir...

Menuju Terminal

Bersempit dalam bas menuju arrival hall

Maaf, kualiti gambar kurang indah akibat tak boleh guna flickr atau saya tak pandai ambik...

Pemandu Pelancong

Mas Juni Pemandu Pelancong

Mas Juni dan Mr. Amru, dua pemandu pelancong kami yang menyambut dengan senyuman dan fasih berbahasa melayu walaupun masing-masing ialah Indonesian dan Egyptian.

Jalan ke Hotel

Menuju ke hotel di cairo

Ibrahim Pacha

Tugu Ibrahim Pacha, pembebas mesir dari Napoleon

Ibrahim Pacha dihantar oleh khilafah Islam untuk melawan Napoleon di Mesir. Tak silap kerajaan Uthmaniah di Turki.

Lunch

Lunch

Lunch di Grand Hotel, Cairo

Teksi Cairo

Teksi dan pemandunya

Depan Grand Hotel

Penulis di pintu masuk hotel, sejuk walaupun tengah hari..

Masa kami tiba masih di penghujung musim sejuk. Paginya lebih kurang 14 darjah dan tengah hari sejuk jugak. Polis masih berpakaian hitam menandakan musim sejuk belum habis. Bila dah habis polis mesir akan berpakaian seragam putih.

Tanda in Arabic

Agak jangal melihat semua papan tanda berbahasa Arab

Selepas berehat sekejap di Hotel, kami melawat beberapa tempat menarik di Cairo. InsyaAllah akan dipost kemudian. Penulis perlu berehat untuk kelas yang padat esok

Wallahualam.