Hitam dan Putih  

Posted by Unknown

بسم الله الرحمن الرحيم

Sewaktu menetap di 'Bait Hidden Leaf Rookies', rumah dihuni oleh 3 pemuda hebat, Faisal, Azrul dan Ikram, berlaku sedikit kesedihan kerana pakaian yang kami jemur di luar dicuri.

Dipercayai pencuri tersebut melakukan aktiviti sewaktu malam kerana apabila kami bangun subuh dan ingin bersiap-siap ke kelas, baju yang dijemur hilang! Akibatnya, kami tidak ke kelas hari tersebut (mungkin alasan semata-mata) dan lebih teruk ada yang terpaksa menggunakan pakaian yang sama sepanjang peninggalan kami di sana. Alhamdulillah cuaca sejuk.

Sejarah Hitam

Tempat jemuran, petang penuh, pagi esok tinggal sikit je...

Jangan terperdaya dengan ketenangan pagi di Mansurah kerana mendekati jam 9 ke atas, seluruh kawasan menjadi riuh rendah dengan aktiviti manusia sehingga lewat malam

Pekerja di Mansurah dan pelajar bermula aktivitinya jam 9 pagi hingga 3 petang. Kalau bekerja, tengah hari ada break sejam untuk solah. Kalau pelajar, setakat yang saya faham, lecture akan berterusan tanpa henti tetapi pelajar boleh keluar bila-bila masa yang kita suka untuk rehat dsb.

Pagi Yang Tenang di Mansurah

Pagi di Mansurah selepas kehilangan pakaian (agak mahal juga tu tapi halal la..)

Yang kelakar la jugak, 2 hari selepas itu, mungkin pencuri yang sama, datang lagi untuk membaham basikal ahli rumah ini. Alhamdulillah sempat diselamatkan.

Dan saya mendapat berita selepas kembalinya kami ke Malaysia, ada attempt ke dua untuk mencuri basikal di rumah ini. Alhamdulillah Azrul sempat menyelamatkannya.

Basikal yang Bakal Dicuri

Basikal yang menjadi tumpuan

Secara umum, saya amat gembira mendiami rumah tersebut. Layanan oleh tuan rumah, Azrul, Ikram dan Faisal amat mengharukan hati kami. Mereka sanggup memasak untuk kami. Tidak lupa Azrul yang setia menggerak kami solah subuh. Ana respect anta!

Ikram yang menegur saya memakai kain ke masjid (di sana masyarakat melihat lelaki memakai kain dengan amat ganjil)

Malah saya mendengar, kalau lelaki memakai kain, itu bermaksud dia...

hmm tak perlulah ceritakannya.

Ada gambar ahli rumah tersebut namun dari kamera sahabat saya, InsyaAllah akan saya upload setelah mendapatkannya dari beliau. Bersyukur pada Allah kerana memberi Mansurah sebagai titik pertemuan persaudaraan ini, InsyaAllah mudah-mudahan berterusan.

Mesir mungkin hitam, namun kalian (teman Malaysia di Mesir) telah memutihkannya...

10 comments

kt alex, klu pencuri atau harami dpt ditangkap, mmg akan dibelasah habis2an oleh org arab sdr.

psl kain pellikat tu, aku hampir terpergi solat jumaat dgnnya. haha.

oh asob...

oh, pernah nampak ke usop?

tapi sehari sebelum balik pakai gak kain pelikat tu sbb tahu esok dah nak balik malaysia, diorg xkan jumpa dah lps tu...

asob? manggu...

kenapa mesir dah macam lagi teruk daripada masa aku meninggalkannya? hmm...atau memang selama ini dah seteruk itu, aku je tak tau.

asob? manggu? faraulah...

apa maksud teruk jamil?

makanan? ok
minuman? terbaik
layanan pelajar malaysia di sana? cemerlang

...

alhamdulillah, dapat roomate best. kitorang dulu pun alhamdulillah dapat yg cemerlang gk ;] itu kngn paling manis bwk balik dari egypt!

uuuu ta' miahhh

psst: word verification: revina. i think it wanna say rebina :P

azahmael - bukan miahhh, tp meyyah.

mhuno - rummates aku dl citer. diorg ade la nmpk satu due kes.

kimo sabak bernam   says April 23, 2009 at 1:33 AM

pic num 1 tu..pakai wide lens ke??kuat distortion die..huhuhu..kalo ade byk lens..nk pinjam leh??hehe

yang tu
pseudo-fisheye = try to take a fish eye image with a normal 18-200mm lens...

to be honest i only use 1 lens, tamron 18-200mm, f3.5...

banyak gambar yang snap main2 n xjadi, pastu try buat panorama pkai AutopanoPro,..hasil die gambo no 1...*smile*

ooo..pakai lens idaman tuu..hehe..mmg 1 lens solution..tgk la, aku cube nnt..hehehe..pepun, keep it up bro!!thumbs up!!

Post a Comment