Ku kirimkan mataku ke syurga,...  

Posted by Unknown

Syeikul Jihad

Syeikul Husein Khalil Saqar Al-'Awawidah

(Pengerusi Robitah Ulama' Palestin),

Sahabatku, syeikhuljihad ini telah hilang daya penglihatannya akibat kekejaman rejim zionis laknatullah, beliau mewaqafkan hidupnya untuk berjihad membebaskan bumi Palestina, membela al-Aqsa dan menghalau yahudi laknatullah. Dipenjarakan rejim yahudi sebanyak 13 kali dan pada tangkapan ke 6, beliau dibutakan dan dicederakan tulang belakangnya hingga mengalami kecederaan yang teruk pada mata dan tulang belakangnya.

Sahabatku, syeikhuljihad ini telah menghantar matanya ke syurga, dan masih terus thabat berjuang demi menggapai syahid untuk bertemu Kekasih abadi.

Saat ana bertemu dengan syeikhuljihad ini, terasa ketenangan dan kedamaian yang amat sangat dihati. Setiap kata-kata yang dilafazkan, penuh kelembutan dan seperti beliau sangat berbahagia dengan apa yang beliau sedang hadapi. Saat ku memeluknya, beliau tak henti-henti berdoa untukku, mudahan Allah memberkatiku.

Ya Allah, saat itu ana berasa sungguh tersentuh sehingga hampir menitiskan air mata, namun ana sangat kecewa kerana hati ini yang gersang akibat kemarau iman. Sungguh sukar untuk menitiskan air mata.

Berpeluang memeluk ulama

"Dan janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka (musuhmu). Jika kamu menderita kesakitan, maka ketahuilah mereka juga menderita kesakitan (pula), sebagaimana kamu rasakan, sedang kamu masih dapat mengharapkan dari Allah apa yang tidak dapat mereka harapkan. Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana" - an-Nisa':104

Benarlah apa yang mereka selalu mereka lafazkan dan sering ulangi,

حسبنا الله ونعم الوكيل

"Cukuplah Allah pelindung kami"

Semoga ana dapat mengikut jejak syeikhuljihad ini insyaAllah.

2 comments

ni gambar dkt mana?Syeikh tu dtg kelantan ke?Bertuahnya nta dpt jmpa bakal2 mujahid. Semoga ruh2 jihad mengalir dalam jiwa kita semua.Ameenn

ini gambar masa syeikh datang dengan haluanpalestin ke masjid shah alam, turut sama wakil badan palestin indonesia datang u mengiringi syeikh dan menterjemah...syeikh hadir pagi tu di masjid zubir,cheras...

nta tak mai, sibuk DNT di sana ana faham...

Ameen

Post a Comment