EGYPT; Kisah Suka Duka #1
Posted by Unknown
بسم الله الرحمن الحيم
Alhamdulillah, syukur pada Allah SWT kerana memberikan peluang untuk merasai pengalaman bermusafir di Mesir, sebuah negara yang terkenal dengan 3 kisah dalam sejarah tamadun manusia; Firaun & Nabi Musa AS, Alexander the Great dan Salahuddin Al Ayyubi. Tidak lupa julukan yang diberi sebagai Bumi Anbiya'.
Egypt Air, Mendekati Cairo International Airport
Penerbangan tidak selesa dengan flight attendant yang kasar dan tua.
Penerbangan lebih kurang 12 jam. Berlepas dari KLIA jam 10 malam dan merasai malam paling lama dalam hidup. Solah subuh sebelum kapal terbang jejak Cairo International Airport..
Penulis sedang berfikir...
Bersempit dalam bas menuju arrival hall
Maaf, kualiti gambar kurang indah akibat tak boleh guna flickr atau saya tak pandai ambik...
Mas Juni Pemandu Pelancong
Mas Juni dan Mr. Amru, dua pemandu pelancong kami yang menyambut dengan senyuman dan fasih berbahasa melayu walaupun masing-masing ialah Indonesian dan Egyptian.
Menuju ke hotel di cairo
Tugu Ibrahim Pacha, pembebas mesir dari Napoleon
Ibrahim Pacha dihantar oleh khilafah Islam untuk melawan Napoleon di Mesir. Tak silap kerajaan Uthmaniah di Turki.
Lunch di Grand Hotel, Cairo
Teksi dan pemandunya
Penulis di pintu masuk hotel, sejuk walaupun tengah hari..
Masa kami tiba masih di penghujung musim sejuk. Paginya lebih kurang 14 darjah dan tengah hari sejuk jugak. Polis masih berpakaian hitam menandakan musim sejuk belum habis. Bila dah habis polis mesir akan berpakaian seragam putih.
Agak jangal melihat semua papan tanda berbahasa Arab
Selepas berehat sekejap di Hotel, kami melawat beberapa tempat menarik di Cairo. InsyaAllah akan dipost kemudian. Penulis perlu berehat untuk kelas yang padat esok
Wallahualam.