Hitam dan Putih
Posted by Unknown
بسم الله الرحمن الرحيم
Sewaktu menetap di 'Bait Hidden Leaf Rookies', rumah dihuni oleh 3 pemuda hebat, Faisal, Azrul dan Ikram, berlaku sedikit kesedihan kerana pakaian yang kami jemur di luar dicuri.
Dipercayai pencuri tersebut melakukan aktiviti sewaktu malam kerana apabila kami bangun subuh dan ingin bersiap-siap ke kelas, baju yang dijemur hilang! Akibatnya, kami tidak ke kelas hari tersebut (mungkin alasan semata-mata) dan lebih teruk ada yang terpaksa menggunakan pakaian yang sama sepanjang peninggalan kami di sana. Alhamdulillah cuaca sejuk.
Tempat jemuran, petang penuh, pagi esok tinggal sikit je...
Jangan terperdaya dengan ketenangan pagi di Mansurah kerana mendekati jam 9 ke atas, seluruh kawasan menjadi riuh rendah dengan aktiviti manusia sehingga lewat malam
Pekerja di Mansurah dan pelajar bermula aktivitinya jam 9 pagi hingga 3 petang. Kalau bekerja, tengah hari ada break sejam untuk solah. Kalau pelajar, setakat yang saya faham, lecture akan berterusan tanpa henti tetapi pelajar boleh keluar bila-bila masa yang kita suka untuk rehat dsb.
Pagi di Mansurah selepas kehilangan pakaian (agak mahal juga tu tapi halal la..)
Yang kelakar la jugak, 2 hari selepas itu, mungkin pencuri yang sama, datang lagi untuk membaham basikal ahli rumah ini. Alhamdulillah sempat diselamatkan.
Dan saya mendapat berita selepas kembalinya kami ke Malaysia, ada attempt ke dua untuk mencuri basikal di rumah ini. Alhamdulillah Azrul sempat menyelamatkannya.
Basikal yang menjadi tumpuan
Secara umum, saya amat gembira mendiami rumah tersebut. Layanan oleh tuan rumah, Azrul, Ikram dan Faisal amat mengharukan hati kami. Mereka sanggup memasak untuk kami. Tidak lupa Azrul yang setia menggerak kami solah subuh. Ana respect anta!
Ikram yang menegur saya memakai kain ke masjid (di sana masyarakat melihat lelaki memakai kain dengan amat ganjil)
Malah saya mendengar, kalau lelaki memakai kain, itu bermaksud dia...
hmm tak perlulah ceritakannya.
Ada gambar ahli rumah tersebut namun dari kamera sahabat saya, InsyaAllah akan saya upload setelah mendapatkannya dari beliau. Bersyukur pada Allah kerana memberi Mansurah sebagai titik pertemuan persaudaraan ini, InsyaAllah mudah-mudahan berterusan.
Mesir mungkin hitam, namun kalian (teman Malaysia di Mesir) telah memutihkannya...