Firaun Laknatullah & keturunannya?
Posted by Unknown
بسم الله الرحمن الرحيم
Tak pernah lagi dalam hidup saya ada berasa takut untuk membeli. Jika anda berada di Mesir, mungkin akan hadapi benda yang sama. Penjual yang penuh tipu daya. Saat saya tiba ke kedai, saya dapat merasakan aura penipuan yang bergelora di sekeliling penjual tersebut. Bayangkan harga dinaikkan 2,3 kali ganda. Ini tidak adil dan kelakuan kejam terhadap saudara sesama Muslim.
Itulah yang dilakukan Firaun terhadap Bani Israel ketika zaman Nabi Musa AS. Allah menyusun beliau untuk terselamat dari kekejaman Firaun Laknatullah.
Museum Firaun Ramses
Museum ini meletakkan kebanyakannya harta, mumia dan patung kepunyaan Ramses yang dipercayai Firaun Zaman Nabi Musa AS. Kuburnya dilaporkan yang paling terselamat dari pencuri. Kekayaan yang dimiliki amatlah besar dikatakan laknatullah ini menyimpan 4 kereta kuda emas di dalam kuburnya. Itu tak dikira hiasan ketika mati kerana dikatakan topeng mumianya emas tulen yang berat (tak ingat berapa)
Penulis bergambar
Kekejaman Firaun dibalas Allah apabila manusia kutuk itu dilemaskan dalam Laut Merah. Dia ingin bertaubat di saat akhir namun Allah tidak menerima malah berjanji untuk menjaga tubuhnya agar dijadikan pengajaran (gambar mumia xboleh ambik)
Piramid Giza
Piramid adalah kubur bagi Firaun. Ia terletak di sebelah barat Cairo seberang Sungai Nil yang dipercayai kawasan terdekat dengan tuhan dan bentuk piramid dicipta kerana kononnya ruh Firaun akan menuju terus ke puncak dan kembali ke tuhan Ra menjadi Amun Ra
Bagaimana manusia boleh mencipta binaan sebegini dahulu kala?
gambar seluruh piramid di giza
sphinx juga kubur firaun
Sunat atau Kasi?
Tidak lepas peluang (duang paling semangat)
Pintu Masuk Utama Piramid yang Dikambus
Pintu ini akan ditutup setelah mayat firaun ditanam. Masa yang panjang membuka ruang tersebut kembali
Firaun Allah SWT pelihara untuk kita ambil pengajaran. Namun ramai yang datang untuk mengagumi kekayaan dan kekuasaannya. Mudah mudahan manusia yang beriman akan ambil iktibar.